2025-01-14 HaiPress

Foto RTM
KUALA SUNGAI BARU,14 Januari-Sebanyak 18 kemalangan membabitkan pelajar dalam perjalanan pergi dan balik dari sekolah,sepanjang tahun lalu.
Exco Kerja Raya,Infrastruktur,Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka,Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata daripada jumlah tersebut,sebanyak lima kematian dicatatkan iaitu membabitkan masing-masing dua kematian di daerah Melaka Tengah dan Jasin,manakala satu di Alor Gajah.
Jelas Hameed,jumlah tersebut bagaimanapun menurun berbanding tahun-tahun sebelumnya selepas pelbagai kempen dijalankan termasuk Program advokasi keselamatan jalan raya di sekolah-sekolah seluruh negeri.
"Setelah program-program advokasi dibuat di sekolah,jumlah kemalangan melibatkan para pelajar semakin berkurangan. Jadi,program tersebut berkesan.
Kerajaan negeri dan juga pihak Majlis Keselamatan Jalan Raya bersama juga Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka akan terus membuat kempen sebegini untuk berjumpa dengan para pelajar yang memandu kenderaan atau yang membawa motosikal ke sekolah",katanya demikian selepas Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya dan Pemeriksaan Motosikal bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat di sini.
Hadir sama,Pengarah JPJ Negeri Melaka Muhammad Firdaus Sharif.
Menurut Hameed,menerusi program tersebut,sebanyak 42 motosikal pelajar telah diperiksa dan pelbagai kesalahan dikesan.
Jelas beliau,kesalahan teknikal merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 38 kesalahan,diikuti 15 kesalahan tiada lesen memandu; tujuh lesen tamat tempoh dan tiada insurans,manakala empat daripadanya dikesan menunggang motosikal di bawah umur.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur