2025-01-14 HaiPress

Datuk Seri Azalina Othman Said/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,14 Januari- Undang undang khusus berkaitan pendanaan politik perlu dibangunkan bagi memastikan integriti dan ketelusan dalam sistem politik negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ketiadaan undang-undang khusus yang mengawal pembiayaan politik dikhuatiri meninggalkan jurang besar serta meningkatkan risiko rasuah.
"Dana kewangan adalah penting bagi parti politik untuk berfungsi,tetapi tanpa prosedur dan panduan undang-undang yang betul,ia boleh melemahkan demokrasi dengan membenarkan pihak tertentu mempunyai pengaruh yang tidak seimbang ke atas dasar awam dan meningkatkan risiko rasuah.
"Hakikatnya,banyak negara maju telah melaksanakan peraturan pembiayaan politikuntuk menghapuskan elemen rasuah,serta mempromosikan ketelusan,akauntabiliti,dan integriti dalam proses politik," katanya.
Beliau berucap pada Persidangan Antarabangsa Pembiayaan Politik di ibu negara.
Dalam pada itu beliau turut memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik,telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Hak Asasi Manusia,Pilihan Raya,dan Reformasi Institusi untuk penelitian lanjut.
Pada masa sama akta sedia ada iaitu,Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,tidak mencukupi bagi menangani isu tersebut.
Perkara itu disebabkan akta berkenaan mengehadkan perbelanjaan kempen dan mewajibkan pelaporan perbelanjaan pilihan raya,hanya terpakai kepada calon dan tidak kepada parti politik,yang juga tidak diwajibkan untuk mendedahkan sumber pembiayaan mereka.
Dalam perkembangan lain,berhubung dakwaan mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani hukuman bawah tahanan rumah,Azalina berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) mungkin mempunyai alasan sendiri untuk meneruskan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu itu.
“Mungkin Pejabat Peguam Negara mempunyai alasan undang-undang mereka sendiri,dan mereka ingin mengemukakan perkara ini ke mahkamah dan biarlah mahkamah membuat keputusan. Kita perlu menghormati perkara itu,” katanya.
Permohonan itu dibuat semalam oleh Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili kerajaan dan enam lagi responden berikutan kes berkenaan menyentuh isu sensitif dan kes akan difailkan pada 20 Januari ini.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur