2025-01-14 HaiPress

Timbalan Menteri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),Datuk Aiman Athirah Sabu / Foto RTM
PUTRAJAYA,14 Januari 2024 - 475 projek perumahan sakit dan terbengkalai berjaya diselesaikan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sepanjang tahun lalu.
Daripada jumlah itu,sebanyak 441 projek telah memperolehi Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan atau Certificate of completion and Compliance (CCC).
Timbalan Menteri KPKT,Datuk Aiman Athirah Sabu berkata menerusi usaha bersepadu Pasukan Petugas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) mengakui secara keseluruhan TFST menunjukkan pecapaian positif apabila 475 projek yang berjaya ditangani dengan nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM52.67 bilion,25 projek berstatus lewat kembali lancar dan sembilan projek terbengkalai bengkalai berjaya dipulihkan.
Beliau berkata sejumlah RM52 bilion telah pun berjaya diperoleh daripada nilai GDV projek yang membawa peningkatan sebanyak 30.62 peratus berbanding GDV pada tahun 2023 sebanyak RM39.81 bilion.
Sebanyak 441 projek telah memperolehi CCC bagi tahun 2024,menunjukkan peningkatan sejumlah 11.93 peratus berbanding tahun 2023 adalah pada kadar 394 projek.
Data juga menunjukkan sebanyak 54,420 unit rumah telah pun berjaya memperolehi CCC tahun ini berbanding 39,028 unit rumah pada 2023.
Tambah beliau,TFST akan terus diperkasa dan menjadi platform utama untuk mengenal pasti isu-isu membabitkan projek perumahan swasta.
Ia secara tidak langsung melindungi kepentingan pembeli selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai sifar projek terbengkalai menjelang 2030.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur