2025-01-14 HaiPress

Datuk Hasbi Habibollah
SELAYANG,14 Januari- Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang meneliti penggunaan sistem kawalan had laju,'traject control' untuk memastikan pemandu mematuhi had kelajuan di jalan raya.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata,sistem berkenaan berfungsi mengukur purata kelajuan pemanduan dengan mengambil kira data dari dua titik selain mampu mengurangkan kemalangan dengan ketara.
"Kementerian ada merangka tentang purata had laju yang sedang diteliti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebagainya.
"Ia termasuk peletakan titik kamera A dan B untuk purata had laju masih diusahakan. Beberapa negara lain turut mengamalkan kaedah ini di semua lokasi. Ia sebagai satu kaedah dalam usaha mengurangkan jumlah kemalangan di jalan raya," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan kempen keselamatan jalan raya 2025 di Selayang,hari ini.
Bertemakan 'Kongsi Jalan Raya,Tunggang Berhemah',kempen tersebut turut menawarkan pemeriksaan motosikal secara percuma,penukaran 400 unit topi keledar baharu kepada penunggang motosikal dan pemberian topi keledar kanak-kanak.
Dalam pada itu menurut statistik PDRM,pada November tahun lalu,trend kemalangan jalan raya menunjukkan peningkatan iaitu 5,939 kematian dengan 4,014 melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur