2025-01-14 HaiPress

Norizan Ismail di Mahkamah Dungun
DUNGUN,14 Januari- Seorang suri rumah yang dilaporkan menjadi punca kemalangan sehingga menyebabkan kematian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun layak dibicarakan dan memberi pengakuan.
Timbalan Pendakwaraya,Nur Azhani Azman memberitahu perkara berkenaan ketika menjalankan pengurusan kes tersebut bagi laporan psikiatris Norizan Ismail,50 tahun.
Majistret Nur Amira Fatihah Osman menetapkan 20 Februari depan bagi meneruskan pendakwaan sebelum kes berkenaan dipindahkan ke mahkamah tinggi.
Sebelum ini,tertuduh didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Akmal Md Tukirin,25 tahun; Ku Adib Aizad Ku Azmi,20 tahun dan Khairil Anuar Jamaluddin,20 tahun.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 9 Oktober tahun lalu di hadapan UiTM kampus Dungun,pukul 7.35 malam.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Nur Azhani Azman manakala tertuduh diwakili peguam Norhabibah Norulalzahar.
Oktober tahun lalu,mahkamah mengarahkan tertuduh menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai,Johor Bahru,Johor.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur