2025-01-14 HaiPress

Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir
SERI MENANTI,14 Januari- Pihak berkuasa agama negeri perlu sentiasa membuat pemantauan dan menyebarkan maklumat mengenai individu atau kumpulan yang menyebarkan ajaran sesat kepada masyarakat.
Selain itu tindakan tegas perlu dikenakan ke atas mana-mana pihak yang didapati menyimpang daripada ajaran Islam sebenar,berdasarkan Enakmen Syariah Negeri.
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bertitah,perkara itu bagi mengelakkan kejadian penderaan kanak-kanak dan isu buruh paksa seperti yang berlaku di rumah-rumah kebajikan dan perniagaan kendalian Global Ikhwan Services and Business Holding Sdn. Bhd. Holding (GISBH).
"Beta juga menyeru kepada rakyat yang beragama Islam,agar lebih berhati-hati dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum mengikuti sebarang pengajian ilmu agama.
"Ini dapat mengelakkan kita daripada mengikuti ajaran yang salah dan mempunyai agenda terselindung di sebalik perkataan Islam. Beta amat berharap dan berdoa agar syiar agama Islam terus kekal terpelihara di negeri ini," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran,Bintang dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di sini.
Mendahului senarai 555 penerima adalah Menteri Ekonomi,Rafizi Ramli dengan pengurniaan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang yang membawa gelaran Datuk Seri.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur