2025-01-14 HaiPress

Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,14 Januari – Bermula esok,Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan secara bulanan melalui MyKad kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar di seluruh negara.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pertambahan hasil negara hasil daripada reformasi kewangan telah memungkinkan kadar bantuan SARA ditingkatkan.
“Kadar bantuan SARA dinaikkan daripada RM1,200 pada tahun lalu kepada RM2,100 pada tahun ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Katanya,penambahbaikan SARA itu merupakan sebahagian daripada peningkatan peruntukan dalam Belanjawan 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA.
Peruntukan keseluruhan telah dinaikkan ke tahap tertinggi dalam sejarah,iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lalu.
Anwar turut menegaskan,kerajaan MADANI komited untuk terus bekerja keras bagi memastikan hasil negara dapat dikongsi bersama golongan yang memerlukan,sejajar dengan nilai ihsan dan kemanusiaan yang menjadi tunjang pentadbiran MADANI.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur