2025-01-14 HaiPress

FOTO RTM
BESERI,14 Januari- Sebanyak 4,000 buah lagi Taman Bimbingan Kanak-Kanak (tabika) kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) seluruh negara akan melaksanakan ProgramPra Tahfiz sepanjang tahun ini.
Ini sebagai tambahan kepada 4,245 tabika yang telah melaksanakannya sepanjang 2023 hingga 2024 sebagai projek rintis Program Pra Tahfiz berkenaan.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KEMAS,Zairuddin Mat Zuini,Program Tabika Pra Tahfiz merupakan satu program untuk memperkasakan lagi Pendidikan al-Quran dengan sasaran melahirkan seramai 100,000 kanak-kanak huffaz cilik.
Program tersebut memberi nilai tambah kepada modul sedia ada iaitu Modul Penghayatan Islam (PPI) di Tabika KEMAS merangkumi aspek Pendidikan al-Quran dalam melahirkan huffaz cilik yang menguasai hafazan al-Quran bagi surah-surah dalam juzuk amma dan surah pilihan.
Selain itu,bagi memperkasakan pendidikan al-Quran kepada kanak-kanak seawal usia yang akan memberi fokus kepada 7M iaitu mengaji,menghafaz,membaca,menulis,mengira,menaakul dan manusiawi.
"Program tahfiz ini diadakan di Tabika KEMAS yang mana kita jangkakan atau pun kita sasarkan anak-anak kita setahun dapat menghafal sekurang-kurangnya 20 surah juzuk 30.
"Itulah sasaran kita dan bila mana anak-anak berada di tabika kemas selama dua tahun,dia dapat menyelesaikan atau hafal 38 surah yang ada," katanya.
Beliau ditemui media pada Majlis Apresiasi Taska KEMAS Negeri Perlis di Tasoh Lake Resort yang disempurnakan Raja Puan Muda Perlis,Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Pelaksanaan majlis apresiasi kali ini melibatkan seramai 168 orang kanak-kanak Taska KEMAS yang menerima sijil setelah berjaya menamatkan pengajian masing-masing.
Menerusi program taska itu,bukan sahaja memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan terbaik tetapi juga memperkasa pembentukan sahsiah,nilai murni dan asas pembelajaran yang kukuh.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur