2025-01-14 HaiPress

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi),Datuk Seri Azalina Othman Said / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,14 Januari – Jabatan Peguam Negara (AGC) mempunyai alasan tersendiri untuk memohon perintah larangan bersuara berhubung isu permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi),Datuk Seri Azalina Othman Said menyeru orang ramai agar menghormati keputusan yang bakal dibuat oleh AGC.
“Pada pandangan saya,AGC mempunyai alasan undang-undang tersendiri dan mereka mahu menyerahkan perkara ini kepada mahkamah. Kita perlu menghormati keputusan mahkamah juga,” katanya ketika ditemui pada Persidangan Pembiayaan Politik Antarabangsa,di sini.
Sebelum ini,Peguam Kanan Persekutuan,Shamsul Bolhassan,memaklumkan kerajaan akan memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah larangan bersuara.
Perintah itu bertujuan melarang mana-mana pihak daripada membincangkan isu berkaitan kes Titah Adendum yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Menurut Shamsul,langkah tersebut diambil untuk melindungi Institusi Diraja kerana isu tersebut melibatkan perkara sensitif berkaitan raja,agama,dan kaum (3R).
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur