2025-01-14 HaiPress

Menteri Perpaduan Negara,Datuk Aaron Ago Dagang / Foto Bernama
PUTRAJAYA,14 Januari – Sistem e-Sepakat,yang diperkenalkan pada 2009 untuk pengesanan,pemantauan,dan pelaporan isu perpaduan secara digital,akan dibuka kepada orang awam dalam masa terdekat.
Menteri Perpaduan Negara,Datuk Aaron Ago Dagang berkata sistem itu bertujuan memudahkan masyarakat membuat laporan berkaitan isu perpaduan di peringkat akar umbi dengan lebih mudah dan berkesan.
“Kalau dahulu,e-Sepakat hanya untuk pegawai kita,namun sekarang kita buka kepada orang awam yang mempunyai maklumat atau isu sensitif di peringkat akar umbi. Inisiatif ini memastikan semua pihak dapat menggunakan sistem berkenaan. Semua daerah ada akses,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis amanat bersama kakitangan Kementerian Perpaduan Negara (KPN),di sini.
Menurut Ago Dagang,tahun lalu,sebanyak 231 kes berkaitan isu perpaduan direkodkan.
Antaranya isu agama sebanyak 103 kes,kenyataan berbaur kebencian 89 kes dan aduan perkauman 39 kes.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur