2025-01-14 IDOPRESS

Kenaikan gaji minimum dan pelarasan gaji penjawat awam dijangka memberi limpahan kesan positif yang lebih besar kepada ekonomi negara berbanding risiko terhadap inflasi / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,13 Januari – Kenaikan gaji minimum dan pelarasan gaji penjawat awam dijangka memberi limpahan kesan positif yang lebih besar kepada ekonomi negara berbanding risiko terhadap inflasi.
Menurut Pensyarah Kanan Ekonomi,Universiti Teknologi MARA (UiTM),Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad langkah itu bertujuan mengimbangi kenaikan kos sara hidup yang berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
“Peningkatan gaji dapat merancakkan proses jual beli dengan meningkatkan permintaan dan penawaran domestik. Ini seterusnya membantu pertumbuhan ekonomi negara berkembang dengan lebih baik,sekali gus memastikan struktur asas ekonomi kekal mampan sepanjang tahun,” katanya kepada RTM.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kesan kenaikan gaji minimum terhadap ekonomi negara.
Dr. Bashir turut menjelaskan kenaikan harga barang dan perkhidmatan dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain,seperti kadar tukaran ringgit dan eksploitasi harga oleh peniaga.
Oleh itu,beliau mencadangkan kerajaan memperkukuh mekanisme kawalan harga,terutama untuk barangan asas,bagi memastikan harga kekal stabil.
“Pemantauan dan penguatkuasaan oleh agensi berkaitan amat penting untuk mengelakkan harga barang meningkat secara drastik. Ini akan memastikan kadar inflasi negara kekal rendah sekitar 2 peratus,tanpa membebankan rakyat,terutamanya dalam jangka masa pendek,” tambahnya.
Selain itu,peningkatan hasil pengeluaran bahan mentah negara melalui penggunaan teknologi moden dan pekerja mahir mampu menurunkan kos operasi serta menjamin harga barangan yang lebih rendah.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur