2025-01-14 IDOPRESS

Izrul Zainal Abidin
KUALA LUMPUR,14 Januari- Pasaran saham Malaysia diunjurkan terus berada dalam momentum positif tahun ini.
Presiden Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI),Izrul Zainal Abidin berkata,minat pelabur dijangka tertumpu kepada kaunter berkaitan sektor teknologi,pembuatan,pembinaan dan kewangan.
Jelasnya,ekonomi negara akan mendapat manfaat daripada aliran masuk pelaburan langsung asing khususnya melibatkan pusat data dan semikonduktor.
Kerjasama strategik Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) juga bakal menyumbang kepada pertumbuhan sektor perbankan.
"Kita lihat pihak kerajaan terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim banyak melakukan libat urus dan juga lawatan-lawatan kerja bagi menarik pelabur-pelabur luar ke Malaysia.
"Sedikit demi sedikit kita dapat melihat hasil tersebut. Sekiranya kebanyakan MoU dan juga perjanjian yang telah kita tandatangani mula mengambil tempat dan menunjukkan kemajuan pada tahun ini,saya yakin bahawa unjuran 1,650 ke 1,680 akan dapat dicapai pada akhir tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Biz Malaysia di Angkasapuri Kota Media di sini.
Sementara itu,beliau yakin pasaran tawaran awam permulaan (IPO) akan terus mempamerkan prestasi kukuh dengan mencatat 50 penyenaraian.
Bagi 2024,Bursa Malaysia merekodkan 55 IPO,tertinggi dalam tempoh dua dekad.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur