2025-01-15 HaiPress

Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad / Foto Bernama
BANGI,14 Januari – Perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah bakal diperluas bagi memenuhi keperluan pesakit beragama Islam di negara ini.
Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata usaha tersebut mampu mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan,sekali gus menjadikan Malaysia sebagai model global dalam penjagaan kesihatan berteraskan syariah.
“Pastinya saya juga mendapat input,cadangan,dan resolusi mengenai cara memperbaiki serta memperkukuhkan kerangka standard perkhidmatan kesihatan patuh syariah di Malaysia. Ini perlu diberikan sokongan penuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Pesakit yang datang untuk rawatan perubatan atau kesihatan melihat nilai tambah ini sebagai satu faktor yang memberikan mereka keselesaan di fasiliti patuh syariah. Ini adalah nilai tambah penting untuk negara,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Simposium Shariacare: Merintis Kesihatan Dengan Nilai-nilai Syariah,di sini.
Tambah Dzulkefly,sebanyak 35 peratus hospital di negara ini telah melaksanakan MS ISO 1900:2014,iaitu standard Malaysia bagi sistem pengurusan kualiti berteraskan syariah dalam pengurusan hospital.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur