2025-01-15 HaiPress

Axel Cruau/RTM
GEORGE TOWN,14 Januari- Perancis komited untuk terus menjalinkan kerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Duta Perancis ke Malaysia,Axel Cruau menegaskan Malaysia memainkan peranan penting dalam isu keselamatan,kestabilan dan keamanan serantau yang menjadi asas kepada keharmonian Indo-Pasifik.
"Kami menantikan kepimpinan Malaysia yang aktif dalam jawatan Presiden ASEAN. Malaysia mempunyai keutamaan seperti keterangkuman dan kelestarian sebagai moto utama. Kami berharap dialog yang lebih mendalam dapat mengukuhkan kerjasama antara Perancis dan ASEAN terutamanya melalui Malaysia," katanya.
Beliau turut menyebut penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan mengadakan lawatan ke Brussels dalam masa terdekat dengan harapan membawa berita positif untuk memperkukuh kerjasama antara kedua-dua pihak.
Axel menyampaikan kenyataan tersebut dalam lawatan ke Kapal Pemusnah Pertahanan Tentera Laut Perancis yang berlabuh di Pelabuhan Swettenham,di sini,hari ini.
Lawatan berkenaan adalah sebahagian daripada misi CLEMENCEAU 25 yang menyaksikan kerjasama antara CSG Perancis dan Tentera Laut Diraja Malaysia dalam latihan multinasional 'LA PEROUSE.'
Latihan yang dianjurkan oleh Tentera Laut Perancis itu akan melibatkan lapan negara termasuk Australia,Kanada,India,Singapura,United Kingdom dan Amerika Syarikat. Latihan tersebut dijadualkan berlangsung di Selat Melaka,Laut Sunda dan Lombok,memperkukuh kerjasama pertahanan maritim serantau.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur