2025-01-15 HaiPress

Foto FB PM
ABU DHABI,15 Januari- Malaysia mengalu-alukan syarikat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk melabur di Malaysia dalam projek melibatkan tenaga boleh baharu (TBB) serta pusat data.
Kenyataan itu disuarakan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatannya ke UAE,bermula Ahad lalu.
Justeru,beliau telah mengadakan pertemuan dengan syarikat dana kekayaan berdaulat negara itu.
Katanya,dalam pertemuan dengan syarikat Masdar,kerajaan memaklumkan akan memudah cara rancangan pelaburan Masdar di Malaysia secara usaha sama dengan syarikat tempatan bagi projek tenaga hijau,infrastruktur,bateri utama serta memperkukuh grid tenaga.
Bagi Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) pula,ia melibatkan projek berkaitan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan rangka kerja Ekonomi MADANI selain projek di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) iaitu pembuatan termaju.
Beliau turut menyambut baik hasrat ADIA untuk bekerjasama dengan Global Infrastructure Partners (GIP) bagi penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
"Kerjasama erat antara Khazanah dan Abu Dhabi dan pimpinan ADIA,dengan dokongan pimpinan negara,mereka anggap projek ini projek utama yang mereka akan berikan seluruh dokongan kepada Khazanah," kata Anwar kepada pemberita dalam sidang media pada akhir lawatan beliau ke UAE,di sini.
Datuk Seri Anwar berkata pertemuan dengan Mubadala pula membincangkan pengeluaran gas asli cecair (LNG) dan pembangunan infrastruktur berkaitan gas,selain pembangunan rantaian nilai seperti hidrogen biru dan pemerangkapan,penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) serta projek di JS-SEZ.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur