2025-01-15 HaiPress

Foto RTM
ABU DHABI,15 Januari-Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya isu berkaitan PETRONAS dan PETROS mengenai hak pengagihan gas di Sarawak telah diselesaikan menerusi beberapa siri rundingan termasuk pertemuan beliau bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata,tidak ada kemusykilan dalam perkara-perkara dasar yang perlu dicurigakan kerana Akta Kemajuan Petroleum 1974 terpakai untuk seluruh negara dan perkara itu diterima Kerajaan Negeri Sarawak dan PETROS.
"Kita juga terima kenyataan bahawa PETROS diwujudkan untuk beri ruang kepada Sarawak menerokai program cari gali dan pengedaran gas di Sarawak.
"Itu pun kita harus terima kenyataan",katanya demikian pada sidang media di akhir lawatan beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) di sini.
Jelasnya,Ordinan Pengagihan Gas 2016 Sarawak tidak akan menggantikan Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang Persekutuan yang lain,justeru,kedudukan PETRONAS kekal tidak terjejas.
Tambahnya,bagi projek-projek baharu,PETRONAS dan PETROS akan melaksanakannya secara kerjasama yang bersifat menang-menang.
Oleh yang demikian,Anwar menyifatkan tidak wujud kebimbangan ada pihak yang dipinggirkan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur