2025-01-15 HaiPress

Foto Fail
ROMPIN,15 Januari- Banjir di Pahang surut sepenuhnya selepas Balai Raya Kampung Jawa,Rompin yang menempatkan 186 penduduk terjejas,ditutup sepenuhnya pukul 12.00 tengah hari tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Rompin dalam satu kenyataan berkata 43 keluarga tersebut dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Pada Isnin lalu,mereka dipindahkan ke PPS tersebut susulan berlakunya air pasang besar dan angin kuat,sehingga menjejaskan kediaman di beberapa kawasan.
Kawasan yang terlibat adalah Kampung Pantai 3,Kampung Pantai 4 dan Kampung Jawa.
Sementara itu,situasi banjir di Johor semakin pulih.
Hanya sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) beroperasi,menempatkan 822 penduduk melibatkan daerah Kluang,Pontian dan Johor Bahru.
Tinjauan RTM di Kampung Contoh,Kluang mendapati paras air banjir telah surut termasuk di kawasan rumah penduduk.
Namun begitu,415 orang masih berada di tiga PPS di Kluang melibatkan 310 dari Kampung Contoh di PPS Dewan Serbaguna Kahang dan SJK(T) Kahang.
Di PPS SJK (T) Jalan Haji Manan pula,202 orang dari Kampung Palembang berlindung di PPS tersebut.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Negeri,Jalan Mawai Lama di Kota Tinggi masih ditutup untuk kenderaan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur