2025-01-15 HaiPress

Naib Canselor UPSI,Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff (dua,kanan) memegang peranti bersama Pengurus Advokasi Pendidikan Yayasan Hasanah,Puan Aeti Amira Abdullah (tiga,kanan) sebagai simbolik penyerahan peranti bagi Program Anak Kita bagi pelajar sekolah di Johor / Foto UPSI
TANJUNG MALIM,15 Januari – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diberi mandat untuk melaksanakan Program Sokongan Pemulihan Pembelajaran,dikenali sebagai Program Anak Kita.
Program itu melibatkan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang terpilih di Johor dan diuruskan Yayasan Hasanah bersama Unit Pantau Madani.
Program tersebut disempurnakan Ketua Pengarah Pendidikan,Azman Adnan pada Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Negeri Johor 2025 serta Penyerahan Peranti dan Sijil Kolaboratif bagi Program Anak Kita: Tusiyen SPM (UPSI) di Dewan Seminar Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor,Isnin lalu.
Dalam ucapannya,Azman menegaskan pendidikan digital merupakan kunci kepada kemajuan pendidikan negara.
“Dengan adanya peranti ini,pelajar dapat mengakses bahan pembelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Program ini adalah usaha kerajaan memastikan tiada pelajar yang tercicir dalam era digital ini,” katanya.
Sementara itu,Naib Canselor UPSI,Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata sebanyak 2,293 peranti telah diagihkan kepada 85 sekolah di Negeri Johor sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
“Pemberian peranti ini adalah inisiatif penting untuk memastikan pelajar mendapat akses kepada pembelajaran digital dan mempercepatkan pelaksanaan tuisyen SPM menjelang 2025,” ujar beliau.
Program tersebut katanya merupakan langkah signifikan untuk menangani isu keciciran dalam sistem pendidikan,menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengatasi cabaran pembelajaran melalui bimbingan yang lebih fokus.
Program Anak Kita merupakan sebahagian daripada Program Sokongan Pemulihan Pembelajaran - Semarak Potensi Malaysia,hasil kolaborasi antara Kementerian Kewangan,Unit Pantau Madani,Kementerian Pendidikan (KPM),dan Yayasan Hasanah.
UPSI telah diberi kepercayaan untuk mengurus program tersebut di enam negeri termasuk Perak,Selangor,Negeri Sembilan,Melaka,Johor,dan Sabah.
“Program ini bertujuan menangani isu keciciran,memperkukuhkan literasi dan numerasi pelajar sekolah rendah,serta meningkatkan kadar kelulusan SPM.
"Kami yakin usaha ini akan mengintegrasikan semula pelajar yang tercicir ke dalam sistem pendidikan arus perdana,” tambah Dr. Md Amin.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur