2025-01-15 IDOPRESS

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA),Datuk Seri Azmi Abu Kassim
KUALA LUMPUR,15 Januari- Putrajaya bakal menjadi tumpuan agensi keselamatan serantau dengan penganjuran Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE’25).
Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA),Datuk Seri Azmi Abu Kassim,ia merupakan platform unik kolaborasi strategik,perkongsian ilmu serta perancangan masa depan dalam bidang penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan Asia dan global.
"Untuk ekspo ini,kita mempamerkan teknologi terkini yang boleh membantu agensi keselamatan dalam memberikan penyampaian perkhidmatan pada tahap tinggi.
Selain itu,seminar pula adalah sesi untuk kita berkongsi pandangan,kaedah bagaimana kita mendekati sebarang bentuk jenayah dan cara kita memeranginya. Dengan ada AISSE'25 ini,kita berharap kita akan lebih cakna dengan teknologi terkini kerana dengan teknologi hari ini,kita dapat mendepani memerangi jenayah.
Kalau kita masih dengan kaedah tradisional,jenayah ketika ini yang sentiasa berubah. Maka,kita akan ketinggalan," kata Datuk Seri Azmi kepada pemberita,hari ini.
Beliau ditemui selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.
AISSE'25 bakal diadakan pada 20 hingga 22 Januari ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Bertemakan "Asia United: Charting The Future of Global Peace and Security through Law Enforcement Collaboration",program berkenaan bakal menghimpunkan kira-kira 300 organisasi keselamatan dan pemain industri dari lebih 40 buah negara.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur