2025-01-15 IDOPRESS

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,15 Januari- Lima pengarah bebas Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak ditamatkan perkhidmatannya,bertentangan dengan kenyataan oleh Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
MAHB menjelaskan pengarah ini tidak dilantik secara kontrak tetapi dilantik dan terus berkhidmat dalam Lembaga Pengarah,bertentangan dengan dakwaan daripada Wan Ahmad Fayhsal.
“Pengarah-pengarah ini tidak diberikan notis pemberhentian.
"Sebarang perubahan dalam komposisi Lembaga Pengarah MAHB akan diumumkan kepada Bursa Malaysia berikutan syarikat ini adalah entiti senaraian awam,” katanya.
Pada sidang media baru-baru ini,Wan Ahmad Fayhsal mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa kontrak pengarah-pengarah ini telah ditamatkan oleh dana kekayaan berdaulat negara,Khazanah Nasional Bhd,dikatakan kerana bantahan mereka terhadap cadangan perjanjian penstrukturan semula MAHB.
Isu ini susulan penasihat bebas Hong Leong Investment Bank (HLIB) mencadangkan pemegang saham menerima tawaran oleh Gateway Development Alliance (GDA) pada RM11.00 sesaham.
Bagaimanapun,pengarah iaitu Datuk Mohamad Husin,Ramanathan Sathiamutty,Cheryl Khor Hui Peng,Datuk Seri Koe Peng Kang dan Chris Chia Woon Liat,telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka,menyifatkan tawaran itu sebagai tidak adil dan tidak munasabah.-BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur