2025-01-16 HaiPress

Muhammad Firdaus Shariff
BATU BERENDAM,16 Januari- Kertas siasatan terhadap syarikat lori yang disyaki menjadi punca kemalangan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara pada 23 Disember lalu telah dilengkapkan dandiserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata,kertas siasatan nahas kemalangan itu diserahkan pada awal minggu lalu bagi tindakan bawah Akta Pengangkutan Darat Awam (APAD) 2010.
"Kita mengambil tindakan ke atas pengusaha dan pada masa ini kita masih belum mendapat apa-apa perkembangan daripada Timbalan Pendakwa Raya.
"Keputusan dan perkembangan daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya akan dimaklumkan kemudian," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Operasi Bersepadu Khas bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM),Jabatan Imigresen dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sini.
Sebelum ini media melaporkan tujuh maut manakala 33 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dua lori dan dua buah kereta di KM204 Lebuhraya PLUS arah utara.
Siasatan awal mendapati bas persiaran tersebut terlanggar tayar lori yang tercabut di lorong tengah dan menyebabkannya hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.
Ia menyebabkan bas tersebut bertembung dengan tiga kenderaan hingga menyebabkan lima penumpang sebuah MPV dan pemandu serta penumpang bas berkenaan meninggal dunia dilokasi kejadian.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur