2025-01-16 HaiPress

Foto KPDN Kedah
ALOR SETAR,16 Januari- Padahenggan menjual minyak masak peket 1 kilogram (kg) bersubsidi,sebuah premis di pekan Kuala Ketildiserbu bahagian penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),Kedah pada Rabu.
Pengarahnya,Muhammad Nizam Jamaluddin dalam satu kenyataan berkata,serbuan hasil aduan awam itu telah menyita kesemua 20 kgminyak masak peket 1 kg yang dianggarkan bernilai RM50.
Tambahnya,melalui kaedah uji beli yang dilakukan pada pukul 11.15 pagi semalam,KPDNmendapati premis yang diuruskan oleh seorang lelaki tempatan berusia 50-an memaklumkan tiada bekalan minyak masak peket 1 kg bersubsidi di premis tersebut.
"Pasukan serbuan KPDN Cawangan Baling telah membuat pemeriksaan lanjut bagi mendapatkan pengesahan bekalan minyak masak di premis berkenaan," kata kenyataan itu.
Pasukan serbuan telah menemui sejumlah 20 kg minyak masak peket 1 kgyang disimpan di dalam tong oren di dalam premis tersebut.
Peniaga terbabit memberi alasan bekalan minyak masak sudah lama tidak diterima pembekal dan stok yang dijumpai adalah milik orang lain yang sudah membuat pembayaran.
Kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122].
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur