2025-01-16 HaiPress

Foto hiasan/ Thai Embassy
BANGKOK,16 Januari- Thailand telah mengumumkan kemas kini kepada program visa pemastautin jangka panjang untuk meningkatkan daya tarikannya kepada pakar,pelabur dan eksekutif asing dalam usaha memperkukuh kumpulan profesional berkemahiran tinggi serta daya saing global negara Asia Tenggara itu,lapor Xinhua.
Perubahan yang diluluskan Kabinet minggu ini,termasuk peluasan sektor sasaran bagi profesional berkemahiran tinggi kepada pelbagai bidang bukan Sains,Teknologi,Kejuruteraan dan Matematik (STEM),seperti pembangunan dan kemampanan serta pengurusan bencana dan risiko,menurut Lembaga Pelaburan Thailand (BOI).
Keperluan pengalaman kerja minimum lima tahun bagi profesional dalam bidang berkaitan telah dimansuhkan untuk meningkatkan kebolehcapaian bagi pemohon berpotensi tinggi dalam industri baharu,kata BOI dalam satu kenyataan pada Rabu.
Kemas kini itu juga melibatkan pengurangan ambang pendapatan bagi syarikat yang membenarkan pekerja bekerja dari Thailand dan menghapuskan keperluan pendapatan tahunan minimum bagi visa di bawah kategori warganegara global yang kaya,mengalihkan tumpuan kepada kekayaan terkumpul dan pelaburan di negara itu.
Pendekatan yang lebih inklusif dan berdaya saing ini akan memperkukuh kedudukan Thailand sebagai hab global untuk pelaburan dan bakat berpotensi tinggi,kata Setiausaha Agung BOI Narit Therdsteerasukdi.
Diperkenalkan pada 2022,program visa jangka panjang menawarkan permit pemastautin selama 10 tahun,permit kerja digital dan keistimewaan cukai pendapatan individu,antara lain,dengan lebih 6,000 pemohon berjaya mendapatkan visa mereka setakat ini.- BERNAMA-XINHUA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur