2025-01-16 HaiPress

Foto FB PDRM
KUALA LUMPUR,16 Januari- Penilaian e-Kursus dan Penilaian Kompetensi Atas Talian (PeKAT) dilaksana dalam proses pemangkuan pangkat pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM),bermula tahun ini.
Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain berkata kaedah penilaian dipertingkat bertujuan mengekang isu pilih kasih,tohmahan selain pemilihan calon yang sesuai,kompeten dan layak.
Tan Sri Razarudin menegaskan pemberian pemangkuan dan kenaikan pangkat juga diperketat dengan syarat tambahan iaitu Indeks Jisim Badan (BMI) selaras Arahan Ketua Polis Negara No. 202 Dasar Trim & Fit yang berkehendakkan BMI berada pada paras kurang dari 28.
"Inisiatif ini penting bagi memastikan kesihatan serta keterampilan pegawai polis sekali gus melonjakkan kemampuan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara," kata Tan Sri Razarudin,hari ini.
Beliau berkata demikian dalam ucapan amanat pada Perhimpunan Bulanan PDRM di ibu negara.
Tahun ini,pelaksanaan dasar pemangkuan pangkat ASP ke DSP sedang dilaksana bagi memenuhi 254 kekosongan perjawatan DSP.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur