2025-01-16 HaiPress

Tempat perlindungan di Khan Yunis di selatan Gaza/ AFP
KUALA LUMPUR,16 Januari- Kaukus Palestin Parlimen Malaysia menyambut baik pengumuman gencatan senjata antara Hamas dan Israel yang akan berkuat kuasa pada Ahad ini.
Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh dalam satu kenyataan memaklumkan,persetujuan berkenaan dilihat memberi harapan kepada rantau yang bergolak dan sebagai batu loncatan ke arah keamanan dan kestabilan berkekalan.
"Ini tentunya berita baik terutamanya buat rakyat dan bumi Palestin yang telah kehilangan ahli keluarga,kebuluran dan kemusnahan harta benda dan tempat tinggal.
"Mereka bersyukur dan berharap perang akan dihentikan. Ini juga jelas disambut baik oleh masyarakat dan pemimpin dunia," menurut kenyataan itu.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Gutteres berkata,keutamaan mestilah untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin dengan mempermudah bantuan segera.
Beliau turut menggesa semua pihak untuk menunaikan komitmen dalam memastikan perjanjian dapat dilaksanakan.
Dalam pada itu Anggota Biro Politik Hamas,Khalil Al-Hayya menghargai jasa dan sikap Malaysia bersama negara-negara lain yang menyokong Palestin ketika diasak konflik bersenjata dan perang genosid.
"Ia disifatkan oleh pelbagai pihak,termasuk PBB,ICJ dan ICC sebagai bencana kemanusiaan terburuk,malahan pelanggaran terang-terangan oleh rejim zionis Israel ke atas pelbagai resolusi,kesepakatan dan tuntutan. Mereka (Israel) wajib didakwa dan hak rakyat Palestin wajib ditegakkan," tambah kenyataan itu.
Beliau yang juga Pengerusi Kaukus Parlimen Asia Tenggara untuk Pembebasan Palestinmemohon kerajaan Malaysia memainkan peranan aktif dalam hal itu dengan mendesak dan bekerjasama dengan PBB dengan menyegerakan inisiatif untuk menyingkirkan Israel daripada pertubuhan itu.
"Selari dengan sambutan baik Malaysia kepada Jepun tempoh hari untuk pembangunan Gaza dan Palestin dan dengan harapan bahawa rundingan dan perjanjian ini berjalan lancar.
"Maka saya juga mohon kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Khas ke arah pembangunan semula Palestin dan Gaza dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan,pakar-pakar sektor penting seperti pembinaan,pendidikan,kesihatan dan ekonomi," menurut kenyataan itu.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur