2025-01-16 HaiPress
FOTO RTM
KULAI,16 Januari- Kerja-kerja pembinaan lorong tambahan Lebuhraya Utara - Selatan (LUS) laluan Sedenak - Kulai,Johor yang bermula sejak Julai lalu akan dihentikan sementara selama 12 hari bermula 23 Januari hingga 3 Februari nanti.
Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata,ia bagi melancarkan aliran trafik dan mengurangkan kesesakan jalan raya sempena musim cuti persekolahan dan perayaan Tahun Baharu Cina.
Setakat 31 Disember lalu,peratus kemajuan projek telah mencapai 5.02 peratus mengikut jadual ditetapkan.
"Jadi kita dengar setakat ini memang perlaksanaan sangat lancar dan kita berharap ia akan berterusan begitu,tiada masalah sebab tida melibatkan pengambilalihan tanah di dua belah lebuh raya kiri dan kanan," katanya.
Tambahnya,kerja-kerja yang sedang giat dilakukan termasuk kerja-kerja tanah,pemotongan dan tambakan cerun.
Selepas kerja-kerja tanah selesai dilakukan,kerja pembinaan lorong akan dimulakan secara berperingkat melibatkan kos keseluruhan fasa satu lebih RM500 juta.
Beliau ditemui semasa Lawatan Tapak Projek Pembinaan Lorong Tambahan Lebuhraya Utara Selatan (LUS) Fasa Satu: Senai (Utara) - Sedenak,Johor.
Secara keseluruhan,projek pembinaan lorong tambahan yang akan dilebarkan dari dua lorong ke tiga lorong dijalankan secara berfasa dari Fasa 1 ke Fasa 3 iaitu dari Senai (Utara) ke Machap.
Lokasi tinjauan hari ini adalah sebahagian daripada jajaran bawah Fasa 1: Senai (Utara) ke Sedenak.
T-INNOWARE Makes Debut at IndoSec 2025: "AI + Innovation" Leads the Intelligent Wave of Cybersecurity in Southeast Asia
Chery Brand Night Grandly Opens - Co-Creating the “New Move” with Global Users
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur