2025-01-16 IDOPRESS

Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Antara Perlis State Secretary Incorporation (Pssi) Dengan Syarikat Sirage Skyvast Holdings Sdn. Bhd disaksikan Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Kompleks Dewan Undangan Negeri
KANGAR,16 Januari- Projek Bandar Teknologi Maju Perlis (PATP) bakal menjadi pusat data dan teknologi termaju melibatkan kawasan seluas 600 ekar di Chuping.
Pusat berkenaan menggunakan sistem tenaga berdedikasi merangkumi Loji Solar berkapasiti 1.6 Gigawatts,Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) 4.875 Gigawatts dan Loji Turbin Gas Kitaran Gabungan (CCGT) 1 Gigawatts.
Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Merangkap Pengerusi Perlis State Secretary Incorporation (PSSI) Datuk Rahimi Ismail berkata,pelaksanaan projek itu melibatkan usaha sama PSSI dengan Sirage Skyvast Holdings Sdn Bhd.
"Kita melihat kepada unjuran pelaburan di sini yang lebih daripada RM60 billion nilai pelaburan yang akan dilaburkan Syarikat Skyvast SDN BHD. Kita sebenarnya mengharapkan ini memberi cetusan besar kepada pelaburan di Perlis.
"Ia untuk kita mengaktifkan Rancangan Pembangunan Lembah Chuping (CVIA) dan semestinya akan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat perlis selain melihat pertumbuhan sektor-sektor lain," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Antara Perlis State Secretary Incorporation (Pssi) Dengan Syarikat Sirage Skyvast Holdings Sdn. Bhd disaksikan Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini.
Projek Bandar Teknologi Maju Perlis (PATP) turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil yang melihat projek itu sebagai pemangkin kepada pelaburan pusat data di negara ini.
Projek berimpak tinggi itu dijangka menjana 9,000 peluang pekerjaan semasa fasa pembinaan yang dijangka bermula pertengahan tahun ini dan 2,000 pekerjaan ketika ia beroperasi sepenuhnya.
Selain itu ia dijangka menarik pelaburan bernilai RM49 bilion sejajar dengan Rancangan Pembangunan Lembah Chuping (CVIA) serta Pelan Digital Perlis 2021-2035.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur