2025-01-16 IDOPRESS

Foto hiasan
DUNGUN,16 Januari- Polis meminta penduduk menghentikan serta-merta aktiviti mengutip kerang di sepanjang pesisir pantai di sini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Ia berikutan keadaan ombak besar dan angin kencang sedang melanda ketika ini.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata,angin kencang berkelajuan kira-kira 60 kilometer sejam disertai ombak setinggi 4.4 meter meletakkan pesisir pantai di daerah Dungun dalam berisiko tinggi.
"Perubahan cuaca tidak menentu juga boleh mendatangkan pelbagai risiko kepada orang ramai kerana terdapat segelintir individu yang membawa anak kecil ke lokasi berkenaan," kata Maizura.
Bagaimanapun pihak polis akan terus menjalankan pemantauan dan berharap supaya orang ramai tidak menghampiri kawasan pantai berikutan keadaan semasa.
Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya terdapat individu yang tidak mengendahkan arahan yang dikeluarkan.
Semalam tinjauan RTM mendapati ramai individu ke Pantai Sura untuk mengutip kerang yang memenuhi pesisir pantai terbabit sejak petang Selasa.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur