2025-01-16 IDOPRESS

FOTO PARLIMEN MALAYSIA
KUALA LUMPUR,16 Januari- Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul,memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Parlimen Malaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan,Johari telah mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Perhimpunan Kebangsaan dan Speaker Dewan Perwakilan Thailand Wan Muhamad Noor Matha,bagi membincangkan pelbagai isu strategik rantau ASEAN.
"Semasa pertemuan tersebut,Yang Dipertua Dewan Rakyat turut berkongsi persiapan Parlimen Malaysia untuk mempengerusi Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) pada September ini.
"Beliau turut menjemput Wan Muhammad Noor serta Senator Thailand untuk menyertai AIPA yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur," menurut kenyataan Parlimen Malaysia.
Selain Wan Muhammad Noor,Johari yang juga Presiden AIPA ke-46 turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Senat Thailand Mongkol Surajja,bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama antara institusi legislatif ASEAN serta mempererat hubungan dua hala antara institusi legislatif Thailand dan Malaysia.
"Parlimen Malaysia komited untuk terus memacu pembangunan mampan dan membawa ASEAN ke arah masa depan yang lebih progresif dan inklusif," menurut kenyataan itu.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur