2025-01-16 IDOPRESS

Foto AFP
KUALA LUMPUR,16 Januari- Konflik perang antara Hamas dan Israel,akhirnya memberi khabar gembira buat masyarakat dunia susulan pengumuman gencatan senjata,bakal berkuat kuasa Ahad ini.
Pengumuman itu,dilihat selari dengan laungan keamanan yang digerakkan negara menerusi kepimpinan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,hingga ke hari ini.
Menurut Profesor Jabatan Hubungan Antarabangsa,Keselamatan dan Undang-Undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),Profesor Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam,ini adalah peluang untuk Malaysia terlibat dalam perjanjian perdamaian itu dan terus mendesak masyarakat dunia bersama menoktahkan keganasan serta pemulihan keamanan di Gaza.
"Saya fikir ini juga adalah peluang untuk Malaysia terus menyinar di peringkat antarabangsa. Guna platform perdamaian yang telah dimeterai ini atau genjatan senjata ini untuk kita meneruskan suara dan juga menyampaikan hasrat negara.
"Kita juga boleh menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam perdamaian yang berterusan terutama sekali di antara kedua-dua negara terkelompok ini.
Malah,kita mungkin boleh menggunakan pengalaman kita ketika menjadi fasilitator bagi perdamaian di selatan Filipina dan juga selatan Thailand untuk kita curahkan dan bersama-sama bagi menyelesaikan konflik yang berlaku," kata Profesor Dr. Mohd Mizan kepada pemberita RTM secara eksklusif menerusi temu bual maya,hari ini.
Sementara itu,sokongan teguh Malaysia termasuk usaha menyingkirkan Israel dari PBB,mencerminkan keberanian dalam menghadapi tekanan sekutu Israel.
Penganalisis,Profesor Madya Dr. Azmi Hassan berpendapat,negara kecil seperti Malaysia dan Indonesia melengkapkan usaha kuasa besar seperti Rusia dan China dalam mencapai gencatan senjata di Asia Barat.
"Malaysia mendapat perhatian daripada Ketua Biro Politik Hamas dan ini sepatutnya menjadi satu kebanggaan kerana tekanan yang kita terima terutama kuasa besar sekutu Israel adalah bukan calang-calang.
Tetapi,kita tetap dengan pendirian bahawa keadilan perlu diberikan kepada penduduk Gaza dan keseluruhan rakyat Palestin," kata Dr. Azmi kepada pemberita RTM secara maya,hari ini.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur