2025-01-16 IDOPRESS

Raja Muda Kedah merangkap Pengerusi TASK,Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin /Foto RTM
SIK,16 Januari-Lebih 1,000 penduduk Kampung Pondok Ampang termasuk pelajar Sekolah Menengah Agama Irsyadiah di Jeneri,Sik,Kedah yang berdepan masalah gangguan bekalan air sejak sekian lama kini boleh menarik nafas lega.
Ia selepas Projek telaga tiub siap dibina di kawasan berkenaan.
Telaga tiub berkenaan disumbangkan oleh Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) dengan peruntukkan berjumlah RM46,500
Raja Muda Kedah merangkap Pengerusi TASK,Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin bertitah,projek itu bertujuan untuk menangani keperluan mendesak bekalan air yang mencukupi untuk pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Agama Irsyadiah,dan penduduk di Kampung Pondok Ampang.
Titah baginda,projek tersebut menggunakan air bawah tanah untuk meningkatkan bekalan air dan kualiti hidup masyarakat.
"Sebab kawasan ini terdapat isu-isu bekalan air yang tidak konsisten.
"Jadi ia menjejaskan kehidupan seharian penduduk kampung ini dan sekolah sebab kita ini di tahun 2025 dan air ini adalah satu keperluan harian yang mesti ada.
"Jadi Tabung Amanah Sultan Kedah bantu dengan buat pam ni supaya semua boleh dapat air yang konsisten",titah baginda demikian kepada RTM selepas merasmikan Projek Telaga Tiub berkenaan di Sekolah Menengah Agama Irsyadiah di sini.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur