2025-01-16 IDOPRESS

Datuk Onn Hafiz Ghazi ditemui media selepas menghadiri Bengkel Strategik Program Transformasi Ekonomi Johor bersama penjawat awam negeri / RTM
JOHOR BAHRU,16 Januari- Johor berjaya meraih pendapatan kira-kira RM2.1 billion sepanjang 2024,berbanding sasaran RM1.9 billion yang ditetapkan.
Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata,pencapaian itu membuktikan kerja keras ditunjukkan semua pihak termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu.
Berdasarkan prestasi memberangsang itu kerajaan Johor menetapkan unjuran kutipan antara RM2.3 billion hingga RM2.5 billion menjelang akhir tahun ini.
"Kita berjaya merekodkan hasil negeri sebanyak RM2.1 billion itu adalah satu angka yang tertinggi yang pernah kita rekodkan untuk Johor.
"Kita bersyukur dan pada masa sama kita akan tingkatkan lagi usaha supaya hasil negeri ini dapat kita tingkatkan lagi agar kita dapat pulangkan kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Bengkel Strategik Program Transformasi Ekonomi Johor bersama penjawat awam negeri di Johor Bahru.
Bengkel bertujuan berkongsi perancangan dan hala tuju Johor bagi mencapai penunjuk prestasi utama(KPI) tinggi serta menggerakkan inisiatif khususnya di zon ekonomi khas Johor-Singapura(JS-SEZ).
Dalam perkembangan berlainan,Onn Hafiz memaklumkan,syarikat Penerbangan Qatar Airways menyatakan minat untuk bertapak dan membina fasiliti penyenggaraan,pembaikan dan baik pulih (MRO) di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
Beliau berkata segala dokumen dan data berkaitan telah diberikan bagi membolehkan syarikat penerbangan berkenaan menjalankan kajian yang lebih fizikal sebelum menubuhkan pangkalan di LTAS.
"Semasa lawatan Pemangku Sultan ke Doha baru-baru ini,Qatar Airways sedang mendapat lebih banyak maklumat daripada kerajaan negeri berkaitan logistik dan keadaan semasa.
" Jadi,pada Isnin semua dokumen dan data yang diperlukan oleh Qatar Airways telah disiapkan dan dihantar supaya mereka dapat lebih banyak kajian fizikal untuk membolehkan mereka memulakan operasi,mendarat dan memulakan perkhidmatan di sini,jadi ini adalah langkah awal yang baik untuk kita merancakkan lagi sektor logistik di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai,secepat mungkin," katanya.
Kerajaan persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM2 bilion bagi menjalankan kerja-kerja naik taraf LTAS yang masih pada peringkat perancangan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur