2025-01-17 HaiPress
Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,16 Januari-Isu keselamatan dalam talian terutama melibatkan kanak-kanak perlu di beri perhatian serius oleh semua pihak bagi memastikan persekitaran digital lebih selamat
Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil memaklumkan,walaupun internet kini mudah diakses secara meluas namun terdapat keperluan mendesak untuk memastikan internet dapat dilayari dengan lebih selamat khususnya untuk kanak-kanak.
Tambah Fahmi kebimbangan pihaknya kini lebih terarah kepada beberapa kandungan tersedia yang mungkin menganggu perkembangan mental golongan tersebut.
"Saya fikir ini bukan mengenai isu kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan kita,tetapi ini adalah mengenai keselamatan dalam talian.
"Meskipun kita mempunyai akses kepada internet yang murah dan cepat kita juga mahu ruang intenet yang selamat terutama untuk kanak-kanak.
"Beberapa bulan lalu,saya melawat ke sekolah rendah dan bertanya berapa ramai yang mempunyai akaun TikTok,lebih 400 pelajar di depan saya mengangkat tangan.
"Jadi,kerisauan saya apabila kanak-kanak ini melihat terlalu banyak kandungan yang mempu memberi kesan kepada mental kanak-kanak",katanya demikian ketika ditemubual untuk program 'On The Table: Social Media Licensing In Malaysia: Key Insights and Impact' yang disiarkan di RTM.
Dalam pada itu,penyedia platform media sosial bakal berdepan dengan tindakan undang-undang atau kompaun sekiranya terus beroperasi tanpa lesen.
Fahmi menegaskan,tindakan tegas itu diambil bagi memastikan keselamatan pengguna dapat dilindungi dari jenayah siber.
"Pada masa yang sama terdapat juga pelanggaran sekiranya anda membenarkan jenayah tertentu berlaku dan orang menyalahgunakan platform anda,anda tidak akan menjadi sasaran.
"Siasatan dan tindakan akan dikenakan terhadap pelaku",katanya.
T-INNOWARE Makes Debut at IndoSec 2025: "AI + Innovation" Leads the Intelligent Wave of Cybersecurity in Southeast Asia
Chery Brand Night Grandly Opens - Co-Creating the “New Move” with Global Users
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur