2025-01-17 HaiPress

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim
LONDON,17 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Speaker House of Commons,Lindsay Hoyle di Speaker House,Westminster dalam rangka lawatannya ke United Kingdom (UK).
Ketibaan Perdana Menteri bersama delegasi disambut oleh Timbalan Speaker,Caroline Nokes.
Dalam pertemuan tersebut,Anwar dan Lindsay Hoyle membincangkan isu-isu berkaitan hubungan dua hala antara Malaysia dan UK.
Beliau turut mengunjungi Battersea Power Station yang merupakan pelaburan terbesar Malaysia di UK dan disambut oleh Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan,Pengerusi Battersea Project Holding Company Ltd serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Datuk Abdul Rahman Ahmad.
Battersea Power Station kini menjadi hab ekonomi dengan lebih 150 kedai,kafe,restoran dan perniagaan lain serta menempatkan hampir 3,000 penduduk.
Anwarturut berkongsi lawatan tersebut menerusi laman Facebook rasmi beliau.
"Sewaktu lawatan kerja di London UK,saya dan delegasi sempat singgah di Battersea Power Station yang dimiliki oleh konsortium syarikat-syarikat Malaysia terdiri daripada Permodalan Nasional Bhd (PNB),Sime Darby Property,SP Setia Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
"Ketersediaan segala infra di sini mampu menarik dan mengembangkan pulangan pelaburan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) ini ke tahap lebih tinggi di masa hadapan," jelas Perdana Menteri.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur