2025-01-17 HaiPress

Anwar Ibrahim ketika melancarkan dua ladang solar,Eastfield dan Bunkers Hill oleh TNB di London,UK,awal pagi tadi waktu Malaysia/RTM
LONDON,17 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan harapan penerokaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam sektor tenaga boleh diperbaharui (TBB) di United Kingdom (UK) mampu memberikan impak positif kepada ekonomi negara dalam jangka masa panjang.
Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan menggalakkan TNB dan syarikat-syarikat lain untuk terus menumpukan pelaburan baharu di Malaysia sebagai langkah memacu pembangunan ekonomi.
"Ekonomi sedang berkembang pesat. Kami sebahagian daripada rantau yang dinamik dan semakin mendapat tumpuan serta daya tarikan sebagai destinasi pelaburan. Oleh itu,TNB bersama pemain-pemain lain telah diamanahkan untuk meneroka peluang baharu terutamanya dalam TBB seperti yang saya tekankan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan dua ladang solar iaitu Eastfield dan Bunkers Hill dengan kapasiti 102 Megawatt (MW) oleh TNB di sini pada Khamis malam waktu tempatan.
Projek tersebut yang disokong oleh skim Kontrak untuk Perbezaan (CFD) selama 15 tahun diperoleh pada Julai 2022 dijangka mencapai Tarikh Operasi Komersial (COD) pada awal tahun ini.
Anwar turut yakin kerjasama tenaga serantau melalui Grid Kuasa ASEAN akan memanfaatkan teknologi baharu bagi mempercepatkan peralihan tenaga di rantau ini.
Selain itu,beliau menyeru peningkatan usaha untuk menarik pelaburan yang melibatkan daya cipta daripada pemain korporat dan profesional,sambil menegaskan kejayaan kedua-dua ladang solar itu mencerminkan kepakaran Malaysia dalam menyediakan penyelesaian tenaga lestari di peringkat global.
TNB kini memiliki,membangun dan mengendalikan aset tenaga boleh diperbaharui di UK dan Ireland termasuk projek solar,tenaga angin darat,tenaga angin luar pesisir serta projek bateri.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur