2025-01-17 HaiPress

Datuk Seri Nancy Shukri menyampaikan replika cek kepada Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas @3A pada Majlis Perasmian Program Integrasi Kasih MADANI KPWKM di Kampung Pasir Pekan/ BERNAMA
TUMPAT,17 Januari- Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merayu ibu bapa yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) untuk mengambil anak-anak mereka yang kini masih berada di lapan institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata,setakat ini seramai 107 kanak-kanak di bawah jagaan institusi berkenaan.
Beliau berkata seramai 448 kanak-kanak dari rumah amal tersebut telah diserah kepada keluarga masing-masing,manakala lima lagi diserah kepada orang yang layak dan sesuai (OYLS).
"Saya sarankan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini datanglah kepada kita,itu hak ibu bapa mereka. Jadi hendak tuntut dengan kerajaan itu,lama lagi,turun naik mahkamah belum tentu dapat tuntut,apa yang mereka mahu.
"... Sebab kita menjalankan tugas berlandaskan undang-undang. Jadi sebab itu kira sarankan kepada mereka yang menukar fikiran untuk mengambil anak datang kepada kita.
"Kita tiada niat tersembunyi. Kita ingin membantu,hendak ambil anak orang bukan perkara mudah kerana ramai lagi anak-anak di institusi kita yang terlantar,ambillah anak masing-masing",katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Integrasi Kasih MADANI KPWKM sempena Penyerahan Projek Fizikal Kampung Angkat MADANI di Tumpat.
Turut hadir Ketua Setiausaha,Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM),Datuk Dr Maziah Che Yusoff.
Ops Global yang dilancarkan pada 11 September lalu telah menyelamatkan seramai 560 kanak-kanak dari pusat Amal yang dikaitkan dengan GISBH di seluruh negara.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur