2025-01-17 HaiPress

Datuk Seri Fadillah Yusof
KLANG,17 Januari- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menyeru pengguna elektrik komersial dan industri merebut kuota pemasangan panel solar berbaki kira-kira 600 megawatt (MW) menerusi Program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM).
Menurut Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof,inisiatif itu sebagai langkah mengurangkan jejak karbon dalam negara sekali gus mencapai status gas rumah kaca (GHG) sifar bersih menjelang 2050.
"Dengan pemasangan solar ini bukan sahaja membantu agenda kerajaan untuk mengurangkan pelepasan karbon tapi juga mengurangkan penggunaan tenaga dari fosilkual sama ada diesel,gas,arang batu dan sebagai.
"Kita beralih ke Tenaga Boleh Baru (TBB) boleh melalui solar ini dan bagi pihak pengguna dengan penggunaan ini mereka dapat penjimatan sebenarnya dari segi penggunaan tenaga elektrik,jadi ini jika kita nak galakkan sama ada pihak domestik,pengguna komersial kita mahupun industri," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan pasaraya rangkaian Fresh Mart pertama yang menggunakan tenaga solar di sini.
Program NEM merupakan salah satu inisiatif Tenaga Boleh Baharu (TBB) mampu mengurangkan kira-kira RM5,800 bil elektrik bulanan bagi setiap premis komersial.
Sejak diperkenalkan tahun 2016,lebih daripada 50,000 pengguna elektrik kategori domestik,komersial dan industri telah mendapat bekalan elektrik hijau secara langsung daripada sistem solar PV yang dipasang.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur