2025-01-17 HaiPress
Pelbagai jenis dadah seberat lebih 24 kilogram dirampas dalam dua serbuan berasingan di Johor Bahru
JOHOR BAHRU,17 Januari - Polis Johor merampas pelbagai jenis dadah seberat lebih 24 kilogram bernilai RM4.038 juta dalam dua serbuan di sekitar negeri ini pada 10 Januari dan 11 Januari lalu.
Ketua Polis Johor,Datuk M. Kumar,berkata dalam operasi pada pukul 8.45 malam itu,turut menahan dua lelaki tempatan yang menjadi dalang sindiket berkenaan dan dua wanita warga Vietnam berumur antara 20 hingga 30 tahun.
“Sindiket ini dipercayai menyewa apartmen mewah untuk dijadikan stor menyimpan dan membungkus dadah sebelum ia diedarkan di pasaran tempatan.
“Kedua-dua kondo disewa atas nama suspek,dan kami percaya dalang utama sindiket ini turut ditangkap. Kaedah pembungkusan yang digunakan kali ini sangat berbeza daripada biasa,” katanya selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.
Menurut beliau,sindiket tersebut menggunakan kaedah pembungkusan 3D yang unik untuk menarik perhatian dan menyembunyikan kegiatan haram mereka.
Selain dadah,polis turut menyita sebuah kenderaan,pelbagai jenis barang kemas,dan wang tunai dengan nilai keseluruhan sitaan berjumlah RM38,275.
Dadah yang dirampas dianggarkan mampu menampung keperluan 80,946 penagih.
Kesemua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.
Ringgit terus meningkat berikutan ketidaktentuan tarif
Niaga hadapan emas terus meningkat susulan jangkaan potongan kadar faedah Fed
Indeks harga seunit besi catat penurunan pada Mei 2025 - DOSM
Sarawak sedia beralih ke pembelajaran digital
HAWANA 2025 buka tirai hari ini
Masjid Putra anjur majlis tahlil buat mangsa kemalangan UPSI di Gerik
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur