2025-01-17 HaiPress

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya memadam kebakaran di Kampung Oren,Ulu Tiram
JOHOR BAHRU,17 Januari- Identiti tiga mangsa yang rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Oren,Ulu Tiram di sini sudah dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Sohaimi Ishak berkata kesemua mangsa terlibat merupakan seorang warga emas bersama anak dan cucunya.
Mangsa yang ditemukan rentung ialah Ng Geok Choo,63 tahun,Lee Chiw Yong,30 tahun (anak) dan Chen Si Jing,11 tahun (cucu).
Sementara itu menerusi tinjauan RTM di Unit Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) kira-kira 20 ahli keluarga terdekat dan sahabat berada di luar unit forensik bagi menunggu bedah siasat selesai.
Bagaimanapun tiga anak perempuan warga emas tersebut yang turut berada di lokasi tidak bersedia untuk ditemu ramah kerana masih bersedih dan terkejut dengan kejadian itu.
Seorang lagi mangsa terselamat,Chen Yu Rong,12 tahun yang mengalami kecederaan tiga peratus di bahagian tangan kini mendapat rawatan HSI.
BERITA BERKAITAN:
Rumah terbakar: Tiga sekeluarga di Johor Bahru terkorban
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur