2025-01-17 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,16 Januari- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berikutan kelemahan momentum belian.
Pada pukul 6 petang,ringgit susut kepada 4.5005/5050 berbanding dolar AS daripada 4.4970/5010 ketika ditutup semalam.
Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata selepas dibuka kukuh susulan data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang lebih sederhana,inflasi keseluruhan pada 3.0 peratus telah mendorong perbincangan dalam kalangan pelabur mata wang asing sama ada Rizab Persekutuan AS (Fed) boleh mempertimbangkan pengurangan kadar faedah tahun ini.
“Walaupun pasaran bon dan saham telah pulih namun kesan limpahannya kepada pasaran pertukaran mata wang asing adalah agak lemah.
“Tindak balas yang lemah ini kemungkinan berkait secara langsung dengan ancaman tarif Donald Trump ke atas China yang berterusan,menyebabkan pelabur dalam pasaran pertukaran mata wang asing berada dalam keadaan tidak menentu," katanya kepada Bernama.
Innes berkata persoalan utama yang membayangi pasaran adalah sama ada Trump akan muncul sebagai “Deal Maker in Chief” atau kembali sebagai seorang dengan ciri-ciri “Tariff Man”.
“Ketidakpastian ini menjadikan kalangan pelabur berhati-hati,sentiasa menilai perubahan dalam landskap dasar,” katanya.
Pada penutup dagangan,ringgit diniagakan lebih tinggi kebanyakannya berbanding mata wang utama lain.
Ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.6283/6329 daripada 4.6364/6405 ketika ditutup pada Rabu dan naik berbanding pound British kepada 5.4888/4943 daripada 5.4949/4998 semalam.
Bagaimanapun,mata wang domestik susut berbanding yen Jepun kepada 2.8914/8945 daripada 2.8656/8685.
Ringgit juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.
Unit tempatan susut berbanding baht Thailand kepada 12.9941/13.0127 daripada 12.9503/12.9682 ketika ditutup semalam,dan lebih stabil berbanding rupiah Indonesia kepada 274.7/275.2 daripada 275.4/275.8.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2906/2941 daripada 3.2909/2943 pada Rabu namun,rendah berbanding peso Filipina kepada 7.68/7.69 daripada 7.67/7.68 ketika ditutup semalam.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur