2025-01-17 IDOPRESS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri mesyuarat Meja Bulat bersama pemimpin industri di United Kingdom/ BERNAMA
LONDON,17 Januari- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sesi meja bulat bersama kapten industri dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pelaburan Kerajaan (GLIC) di London.
Mesyuarat tersebut disertai oleh 30 syarikat di United Kingdom (UK) dan 13 syarikat GLIC dari Malaysia.
Pertemuan tersebut lebih bersifat perbincangan ekonomi dan kerjasama pelaburan antara pemain industri kedua-dua negara.
Antara syarikat GLIC yang turut serta ialah Bursa Malaysia,Suruhanjaya Sekuriti Malaysia,Khazanah Nasional Berhad,Gamuda Berhad,Permodalan Nasional Berhad dan Petronas UK. Manakala,syarikat dari UK termasuk Air Bus UK,AstraZeneca,Jaguar Land Rover Nottingham University dan Raw Energy.
Pertemuan tersebut meliputi sektor petroleum dan gas,aeroangkasa,pendidikan,automotif,tenaga boleh dibaharui dan pertahanan.
Sesi meja bulat itu merupakan langkah untuk menarik kemasukan pelabur baru dari UK ke Malaysia.
Selain itu,Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan perniagaan bersemuka dengan lima syarikat terkemuka UK,iaitu Standard Chartered Bank,Jaguar Land Rover (JLR),Raw Energy dan Yondr serta Unisnacks Europe Ltd.
Turut hadir Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz,Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur