2025-01-17 IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,17 Januari-Kereta elektrik (EV) kini semakin menjadi pilihan utama dalam dunia automotif,bukan hanya kerana kelebihannya dalam mengurangkan jejak karbon tetapi juga kemajuan teknologi menjadikan ia kian mampu dimiliki oleh semua golongan.
Pakar Kuasa Elektrik dan Sistem Pemacu,Fakulti Kejuruteraan dari Universiti Putra Malaysia (UPM),Prof. Dr. Ishak Aris menjelaskan masyarakat sering menganggap kereta elektrik hanya sesuai untuk golongan T20 disebabkan harga pembelian lebih tinggi berbanding kereta berasaskan bahan api fosil.
"Pada pandangan segelintir individu,harga pembelian kereta EV lebih tinggi berbanding dengan kereta berasaskan bahan api fosil walaupun kos kereta elektrik semakin menurun dengan kemajuan teknologi," katanya.
Namun,beliau berkata kos kereta elektrik yang semakin menurun ditambah kemajuan teknologi menjadikan ia lebih berpotensi untuk dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.
Tambahnya jangka hayat bateri kereta elektrik bergantung kepada prestasi kereta kerana sistem mekanikal lebih ringkas dan memerlukan penyelenggaraan lebih rendah berbanding enjin pembakaran dalaman yang mempunyai banyak komponen bergerak.
Dalam pada itu,perkembangan terkini dalam teknologi bateri seperti pengenalan bateri solid-state semakin meningkatkan kecekapan tenaga kereta elektrik serta meningkatkan jarak pemanduan dan kestabilan bateri.
Ishak Aris berkata penggunaan bateri jenis lithium-ion pada kebanyakan kereta elektrik kini semakin digantikan dengan teknologi baru itu membolehkan pengecasan lebih pantas dan meningkatkan kecekapan keseluruhan kenderaan.
"Bateri solid-state menyokong lebih banyak kitaran cas tanpa penurunan prestasi yang ketara dan membolehkan pengecasan yang lebih pantas berbanding dengan bateri lithium-ion," katanya.
Dekan Fakulti Kejuruteraan UPM,Prof. Ir. Dr. Mohd Zainal Abidin Ab. Kadir turut mengulas mengenai potensi kereta elektrik dalam mengurangkan kebergantungan kepada tenaga fosil.
Beliau berkata kereta elektrik tidak hanya menyumbang kepada pengurangan jejak karbon tetapi juga beroperasi dengan lebih senyap dan tidak menghasilkan pencemaran udara atau bunyi menjadikannya lebih mesra alam berbanding kenderaan konvensional.
"EV boleh membantu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga fosil kerana konsep penggunaannya adalah tenaga bersih," katanya.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur