2025-01-17 IDOPRESS
Kerang yang terdampar di pesisir Pantai Sura di Dungun baru-baru ini/RTM
DUNGUN,17 Januari-Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menasihatkan orang ramai yang mengutip kerang terdampar di pesisir Pantai Sura di sini akibat dihanyutkan ombak besar baru-baru ini dinasihatkan untuk memastikan kerang tersebut dimasak dengan sempurna sebelum dijadikan juadah.
Pengarahnya Ruzaidi Mamat berkata sampel air dan kerang telah diambil untuk dianalisis. Kajian awal mendapati tiada kehadiran plankton yang boleh menghasilkan biotoksin dalam sampel air laut di pantai berkenaan.
Tambah beliau keputusan analisis bakteria akan diketahui dalam masa terdekat.
Bagaimanapun,berdasarkan rekod,tahap bakteria E.coli dalam sampel kerang didapati melebihi piawaian ditetapkan. Oleh itu,kerang tersebut diklasifikasikan sebagai kelas B yang memerlukan pemasakan sempurna sebelum dimakan.
Terdahulu,Ketua Polis Daerah Dungun Penguasa Polis (SP) Maizura Abdul Kadir berkata orang ramai dilarang mendekati pantai tersebut untuk mengutip kerang demi memastikan keselamatan ekoran fenomena ombak besar dan angin kencang yang masih melanda sehingga kini.
Larangan melakukan aktiviti termasuk mengutip kerang itu turut melibatkan semua pesisir pantai di daerah sini.
Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya terdapat mana-mana pihak yang masih ingkar.
BERITA BERKAITAN
Henti kutip kerang di pesisir pantai Dungun - Polis
Depani cabaran kos sara hidup: Rancang kewangan, berbelanja lebih berhemah
Pelancaran STTP, perluas perlindungan kewangan kepada pesawah
AICHR ke-41: Malaysia pimpin perbincangan serantau isu hak asasi manusia
Eksport Malaysia bergantung kejayaan rundingan tarif dengan AS - Penganalisis
MSM rancang hidupkan semula perladangan tebu
Bursa Malaysia dijangka meningkat minggu depan, sokongan sentimen pelabur
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur