2025-01-20 HaiPress

Simsudin Sidek/RTM
LABUAN,19 Januari-Warga Labuan diseru untuk bersama-sama mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan sebagai tanda semangat patriotik dalam Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) 2025.
Kempen yang membawa tema "Wilayah Persekutuan Kita" bertujuan untuk menyemarakkan semangat cintakan Wilayah Persekutuan dan memperkukuh rasa kebersamaan dalam kalangan warganya.
Pelancaran kempen itu telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan,Simsudin Sidek di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa (KSLA) Labuan,pagi tadi.
"Kibarlah bendera Wilayah Persekutuan Labuan di setiap ruang yang ada khususnya di setiap premis dan kediaman sebagai tanda semangat patriotik dan kebanggaan kita sebagai warga Wilayah Persekutuan," ujar Simsudin.
Kempen itu berlangsung sepanjang Januari hingga Februari 2025 dan turut disertakan dengan program-program seperti 'Labuan Car Free Morning','Labuan Pearl of Borneo Explorace Challenge' dan Program Bersih Semua Tempat (BeST) yang diadakan serentak pagi tadi.
Tahun ini,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Labuan dan Putrajaya menyambut ulang tahun ke-51 sejak pengisytiharan ketiga-tiga wilayah tersebut sebagai Wilayah Persekutuan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur