2025-01-20 HaiPress

Foto BERNAMA
JASIN,19 Januari- Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Melaka akan memperluas jaringan kerjasama dengan pihak industri bagi menyediakan lebih banyak peluang kepada graduan dan belia di negeri itu.
Timbalan Exco Pelaburan,Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri,Datuk Khaidirah Abu Zahar berkata lebih 30 syarikat di Melaka yang aktif dalam melaksanakan Kursus Induksi Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di Melaka,setakat ini.
Katanya,kebanyakan mereka terlibat dalam industri automatif,pembuatan,elektrik dan elektronik (E&E) serta kenderaan elektrik (EV).
"Kita juga sedang bekerjasama dengan banyak industri. Kita juga cuba membantu dari segi peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling) kerana kita tahu teknologi di setiap industri ini sentiasa berubah setiap dua tahun.
Selain itu,kita akan buat kerjasama di mana mereka akan ambil belia-belia ini bekerja,untuk mereka yang mungkin tidak dapat bernasib baik meneruskan belajar. Kalau kewangan menjadi isu,ambil dulu bekerja dan lepas itu akan dilatih di dalam tempat pekerjaan tersebut," kata Datuk Khaidirah kepada pemberita,hari ini.
Beliau ditemui selepas menyempurnakan penyampaian sumbangan bantuan persekolahan di Institusi Kemahiran Mara (IKM),di sini.
Jelasnya,usaha itu selaras dengan usaha kerajaan negeri bagi mengembleng tenaga dalam menjadikan Melaka sebagai hab TVET negara sekali gus melahirkan tenaga mahir tempatan berkemahiran tinggi.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur