2025-01-20 HaiPress

Pengerusi LKIM,Muhammad Faiz Fadzil/BERNAMA
KUALA NERUS,19 Januari- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan membantu membaik pulih kerosakan rumah nelayan yang terjejas disebabkan hakisan dan sebagainya,susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang melanda kawasan Pantai Timur.
Bantuan itu diberikan menerusi peruntukan khas RM10 juta yang disediakan kerajaan untuk membantu nelayan tinggal di kediaman yang lebih selesa.
Pengerusinya,Muhammad Faiz Fadzil berkata bantuan peruntukan disalurkan adalah bergantung kepada jenis kerosakan dan mempunyai dua cara sama ada baik pulih atau membina rumah baharu.
"Kita perlu menilai dahulu kelayakan mereka dan jumlah kerosakan.Kita peruntuk setakat RM20,000 namun,kerosakan yang berlaku itu bergantung kepada kelayakan dan penilaian yang kita buat.
Sama ada,rumah itu rosak akibat hakisan atau tidak,itu tidak menjadi persoalan. Yang penting mereka adalah layak untuk diberikan peruntukan dan LKIM bersedia untuk membantu," kata Muhammad Faiz kepada pemberita,hari ini.
Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan Kembali Ke Sekolah 2025 kepada 100 anak nelayan dari Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Terengganu Utara di Dewan Sri Nariah The Payang Scout Hotel,Jalan Pantai Teluk Ketapang,di sini.
Tahun ini,seramai 500 anak nelayan mendapat manfaat hasil program madani tersebut melibatkan lima PNK dari setiap zon di seluruh negara.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur