2025-01-20 HaiPress

Foto BERNAMA
LANGKAWI,19 Januari- ASEAN berusaha menjadikan negara serantau sebagai destinasi pelancongan tunggal dengan memperluas polisi pengecualian visa yang kini dilaksanakan oleh Malaysia ke atas rakyat China dan India.
Menteri Luar Negeri,Datuk Seri Mohamad Hasan berkata langkah itu mempercepat pergerakan dan memudahkan perjalanan dari negara-negara ASEAN.
Katanya,ASEAN bersepakat untuk bersama-sama mempromosikan sektor pelancongan selain melihat cabaran yang dihadapi bagi merealisasikan hasrat berkenaan.
"Untuk perkara ini,ASEAN akan bersama-sama melihat apa yang terbaik apabila pelancong datang ke Malaysia. Bila mereka datang ke Malaysia,mereka mudah ke mana-mana sekiranyavisa ini mereka peroleh.
Mereka datang ke Malaysia,juga ke Singapura dan ke Thailanddan ke mana-mana negara ASEAN," kata Mohamad kepada pemberita,hari ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pemukiman Menteri Luar ASEAN.
Ketika ini,Malaysiamemberikan pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur