2025-01-20 HaiPress

Foto RTM
KEMAMAN,19 Januari- Keluarga mangsa Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipukul di tapak pasar tani di Kemaman,Jumaat lalu menyifatkan perbuatan tersebut tidak berperikemanusiaan.
Isteri mangsa,Faridah Karim,44 tahun berkata insiden itu boleh diselesaikan secara baik tanpa menggunakan kekerasan sehingga mendatangkan kecederaan teruk kepada suaminya.
Dia mendapat berita mengenai kejadian itu selepas diberitahu seorang rakan selepas video mengenainya tersebar di laman sosial.
Kejadian tersebut benar-benar meninggalkan kesan trauma yang mendalam kepada lima orang anaknya yang kini sedang mendapatkan rawatandi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
"Tak patut dibuat macam itu kepada suami saya. Sangat tidak patut sebab suami saya itu sudah minta maaf. Tetapi,disepaknya lagi dekat muka,kemudian diheret. Teruk sangat dia diperlakukan macam itu," kata Faridah kepada pemberita,hari ini.
Anak mangsa,Fakhri Ahmad Nor Al-Faizan turut menyifatkan tindakan tersebut terlalu kejam dan mahu keadilan untuk bapa mereka terbela.
"Bila jadi tular macam ini keluarga jadi malu. Aib semua orang tengok. Video yang sepak muka ayah itu,betul-betul sakit hati. Orang yang buat tu dia tiada di tempat ayah kita," kata Fakhri kepada pemberita,hari ini.
Insiden itu turut mendapat perhatian Ketua Pemuda UMNO Malaysia,Datuk Dr. Muhamad Akmal dan bersetuju menawarkan bantuan khidmat guaman percuma kepada keluarga mangsa bagi mendapatkan keadilan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur