2025-01-20 HaiPress

Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Abang Openg/Foto Facebook UKAS
KUCHING,19 Januari - Sarawak bakal memiliki Lapangan Terbang Antarabangsa baharu di Tanjung Embang,selepas lokasi tersebut dipilih berdasarkan pertimbangan faktor ruang udara dan kedaulatan Malaysia.
Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Abang Openg,berkata pemilihan ini dibuat bagi mengelakkan penggunaan ruang udara negara jiran,Indonesia,dikhuatiri menimbulkan isu pada masa hadapan.
“Pada awalnya,lokasi di Matang menjadi pilihan,tetapi ia melibatkan ruang udara Indonesia di Kalimantan,yang memerlukan kebenaran dan bayaran tertentu. Oleh itu,Tanjung Embang dipilih sebagai alternatif yang lebih sesuai,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Selatan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching,pada Ahad.
Dalam pada itu,beliau turut memberi bayangan bahawa pengambilalihan MASwings oleh kerajaan negeri akan membolehkan Sarawak mengawal harga tiket penerbangan.
"Langkah ini bertujuan menjadikan perjalanan ke Sarawak lebih mampu milik dan menarik lebih ramai pelawat.
“Bergantung kepada syarikat penerbangan lain menyebabkan harga tiket mahal,dan ini memberi kesan kepada kemasukan pelawat ke Sarawak. Dengan pengambilalihan ini,kita mempunyai kawalan ke atas harga tiket untuk kepentingan rakyat dan pelancong,” tambah beliau.
Pembangunan ini dijangka membuka lembaran baharu dalam meningkatkan kemudahan dan kemajuan ekonomi di Sarawak.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur