2025-01-20 HaiPress

Foto FB Tengku Zafrul
LONDON,18 Januari – Lawatan rasmi Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London mencatat kejayaan besar dalam memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan Malaysia-UK serta membuka peluang baharu bagi kedua-dua negara.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan lawatan tersebut berjaya menarik pelaburan bernilai RM11 bilion dalam sektor seperti tenaga boleh baharu dan ekonomi digital,mencerminkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap ekonomi Malaysia.
"Jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia dan UK turut mencatat nilai RM15.3 bilion,menjadikan UK sebagai rakan dagang keempat terbesar Malaysia di Eropah," katanya.
Kata Tengku Zafrul,Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat besar di UK,termasuk Standard Chartered dan Jaguar Land Rover.
Selain itu,Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) bersama Department for Business and Trade telah mengadakan mesyuarat sulung Jawatankuasa Bersama Ekonomi dan Perdagangan (JETCO) Malaysia-UK.
Mesyuarat tersebut bagi memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang keutamaan seperti perkhidmatan guaman,pendidikan,standard dan penilaian pematuhan,pertanian,serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Anwar turut melancarkan dua projek pembangunan besar oleh syarikat Malaysia di UK antaranya projek pembangunan bersepadu YTL di UK,yang dijangka menjana eksport bernilai RM1.1 bilion dalam tempoh lima tahun,dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM22.6 bilion.
Projek tersebut mengukuhkan kehadiran Malaysia di pasaran antarabangsa.
Antara lain,pembangunan ladang solar oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bernilai RM600 juta yang membuktikan komitmen Malaysia terhadap tenaga boleh baharu dan kelestarian alam sekitar di peringkat global.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur